Madu Minda Asy-Syifa' - Manfaat Halia (Ginger)



Madu Minda Asy-Syifa'

Harga RM46.00 (Runcit) / Harga RM36.00 (Ahli)

Nota:
Ada kesilapan harga runcit (Sem) pada cetakan di kotak RM40.00, sebenarnya harga pasaran adalah RM46.00. Harap maklum.

Stokis Daerah 016-3153251

Kandungan:

Madu Lebah (Honey)
Habbatus Sauda (Black Seed)
Kacang Adas (Lentil)
Kurma (Dates)
Tin (Figs)
Kismis (Raisins)
Zaa'faran (Saffron)
Halia (Ginger)
Badam (Almond)


Manfaat Halia:

Halia atau nama saintifiknya Zingiber Officinale adalah tumbuhan herba yang paling mudah ditemui. Kebanyakan masakan melayu tradisional menggunakan halia sebagai rempah untuk mewangikan masakan. Juga untuk menghilangkan bau sesetengah daging seperti daging kambing dan spesies ikan yang berbau hanyir.

Halia adalah tumbuhan dari famili Zingiberaceae. Halia atau zanjabil dalam Bahasa Arab ada disebut didalam Al-Quran.

Allah berfirman dalam Al-Quran Surah Al-Insan Ayat 17 mafhumnya:

"Dan mereka dalam Syurga itu, diberi dari sejenis minuman yang campurannya dari zanjabil".


QS. Al-Insan: 17

 

Halia boleh digunakan untuk merawat penyakit angin dalam badan, muntah-muntah, cirit-birit,sakit perut, rheumatik, melancarkan pengaliran darah, menghangatkan badan dan membantu penghadaman makanan.

Ia juga boleh merawat mati pucuk (impoten), keracunan oleh udang, sakit pinggang dan sakit kepala.

Madu Minda Asy-Syifa' - Manfaat Zaa'faran (Saffron)

Madu Minda Asy-Syifa'

Harga RM46.00 (Runcit) / Harga RM36.00 (Ahli)

Nota:
Ada kesilapan harga runcit (Sem) pada cetakan di kotak RM40.00, sebenarnya harga pasaran adalah RM46.00. Harap maklum.

Stokis Daerah 016-3153251

Kandungan:

Madu Lebah (Honey)
Habbatus Sauda (Black Seed)
Kacang Adas (Lentil)
Kurma (Dates)
Tin (Figs)
Kismis (Raisins)
Zaa'faran (Saffron)
Halia (Ginger)
Badam (Almond)




Manfaat Zaa'faran:

Zaa'faran (Saffron) atau nama saintifiknya Crocus Sativus adalah sejenis tumbuhan herba yang hanya boleh didapati di beberapa buah negara sahaja iaitu di Iran dan Sepanyol serta sedikit ditanam di Kashmir. Ianya merupakan rempah yang terbaik, terwangi dan termahal di dunia yang turut dikenali juga sebagai 'King of Spices'.

Stigma bunga Zaa'faran ini juga telah digunakan secara meluas di seluruh dunia terutama di negara-negara Timur Tengah. Selain untuk melazatkan makanan, ianya juga dianggap bahan terbaik untuk kesihatan, perubatan, alat solek, masakan, minyak wangi, bahan pewarna dan lain-lain. Kaya dengan vitamin B2, hydrocloric acid dan Riboflavin.

Zaa'faran adalah herba yang digunakan semenjak zaman Rasulullah (saw) lagi serta para-para sahabat dengan pelbagai tujuan terutamanya untuk mencerdaskan akal. Terdapat pelbagai kaedah penggunaannya seperti mana disebutkan dalam kitab-kitab tua serta kitab perubatan Islam mengenai khasiatnya. Ia juga dianggap sebagai herba ajaib bagi sesetengah pengamal perubatan Islam kerana kelebihan dan keistimewaannya yang tinggi dan tersendiri. Harganya di Malaysia adalah sangat tinggi iaitu mencecah di antara RM10,000.00 hingga RM22,000.00 berdasarkan grednya.

Antara manfaat dan kelebihan Zaa'faran yang diketahui setakat ini (Sumber dari kajian-kajian saintifik perubatan dan kitab-kitab):

Mencerdaskan minda, penyakit radang paru-paru, sakit tekak dan tonsil, sebarang masalah kulit, menghindarkan batuk dan selsema, sakit kepala atau migrane dan asma, muntah-muntah, penyakit buah pinggang, gila babi atau sawan, sukar tidur malam (insomnia), demam, masalah limpa, pembuka selera makan, penyakit kanser, lumpuh, bengkak hati atau Hepatitis A dan B, memudahkan penghadaman, menghilangkan bau mulut, membuang angin dan asid yang berkumpul dalam perut, menambahkan tenaga zahir dan batin, masalah mati pucuk, sembelit, pertumbuhan akal dan fizikal bayi serta kanak-kanak, awet muda dengan kulit cerah dan bersih, bahan penenang bagi masalah kemurungan dan runsing, mengurangkan kesakitan pada kanak-kanak ketika tumbuh gigi, melancarkan perjalanan haid yang tidak menentu, menguatkan ingatan dan menghilangkan keletihan, menyembuhkan sakit perut, pening, sakit gigi, sakit mata dan pelbagai penyakit lain, insyaAllah.

Zaa'faran merupakan herba yang sangat terkenal dan termahal, dikenali sebagai "King Of Spices". Terlalu banyak dalam kitab menyatakan bahawa Zaa'faran sangat baik untuk kecerdasan minda.

Dalam kitab Tibbul Imama A'li , muka surat 381, Saiyidina Ali (r.a) menyatakan, maksudnya:

"Sesiapa yang mengambil sebahagian Zaa'faran tulen dan Su'dun satu bahagian dicampurkan dengan 'asal (madu), diminum sebanyak dua misqal (dua sudu) pada setiap hari, maka dia dikagumi tentang ingatannya sehingga dituduh melakukan sihir."

Madu Minda Asy-Syifa' - Manfaat Buah Tin (Figs)

Madu Minda Asy-Syifa'

Harga RM46.00 (Runcit) / Harga RM36.00 (Ahli)

Nota:
Ada kesilapan harga runcit (Sem) pada cetakan di kotak RM40.00, sebenarnya harga pasaran adalah RM46.00. Harap maklum.

Stokis Daerah 016-3153251

Kandungan:

Madu Lebah (Honey)
Habbatus Sauda (Black Seed)
Kacang Adas (Lentil)
Kurma (Dates)
Tin (Figs)
Kismis (Raisins)
Zaa'faran (Saffron)
Halia (Ginger)
Badam (Almond)



Buah Tin (Figs)





Manfaat Buah Tin (Figs):

Selain dari kurma yang telah diketahui umum akan khasiat and hikmah memakannya, buah tin juga sangat bermanfaat kepada umat manusia seperti yang diterangkan dalam surah Al-Quran QS. At-Tin (95) dimana Allah telah bersumpah di atas nama buah tin dan buah zaitun. 


Apakah keistimewaan buah tin dan buah zaitun ini sehinggakan Allah bersumpah diatasnya.?

Riwayat dari Abu Zar r.a. bahawa Nabi SAW dihadiahkan satu bekas buah tin, lalu Nabi SAW mengajak sahabat-sahabatnya makan. Nabi pun turut sama makan. Kemudian baginda SAW bersabda "Kalau aku perkatakan tentang buah yang diturunkan dari syurga, nescaya aku katakan inilah dia kerana buah-buahan syurga tidak berbiji. Oleh itu makanlah buah ini. Sesungguhnya dia menghentikan penyakit buasir, serta bermanfaat untuk sakit-sakit badan."

Antara khasiat buah tin termasuklah menyingkirkan keracunan (toksin), mencairkan kahak, mengurangkan batuk yang berpanjangan lantas melapangkan dada. Ia juga berfungsi untuk membersihkan buah pinggang (kidney) dan jantung dan membersihkan lendir dalam usus. Buah tin sangat bermanfaat kepada pesakit buasir, dimana ia dapat membantu mengurangkan bengkak pada buasir dan seterusnya mengecutkannya. Buah tin juga membantu melawaskan kencing dan merawat sakit-sakit badan. Selain dari itu buah tin dipercayai dapat menyembuhkan penyakit bengkak telinga dan mempercepatkan pertumbuhan gigi bagi kanak-kanak.

Terdapat 2 jenis buah tin iaitu jenis kering dan jenis basah (segar) iaitu lebih kurang 23%. Buah tin yang kering didapati membekalkan 6 kali lebih kalori daripada jenis basah (segar). Pengeringan buah tin telah mengakibatkan pemekatan nutrisi di dalamnya dimana ianya menjadi lebih kaya dengan protin, lemak, karbohidrat. vitamin dan mineral terutamanya kalsium, zat besi dan potasium. Kandungan sodiumnya pula sangat rendah.

Kandungan nutrisi terkandung dalam buah tin kering adalah seperti berikut:


Protin 4.3gm; Lemak 1.3gm; Mineral 2.4gm; Serat 5.6gm; Karbohidrat 63.4gm; Tenaga 274 kcal; Kalsium 126mg; Forforus 77mg; Zat besi 3mg; Vitamin C 1mg.