Madu Minda Asy-Syifa'
Harga RM46.00 (Runcit) / Harga RM36.00 (Ahli)
Nota:
Ada kesilapan harga runcit (Sem) pada cetakan di kotak RM40.00, sebenarnya harga pasaran adalah RM46.00. Harap maklum.
Stokis Daerah 016-3153251
Kandungan:
Madu Lebah (Honey)
Habbatus Sauda (Black Seed)
Kacang Adas (Lentil)
Kurma (Dates)
Tin (Figs)
Kismis (Raisins)
Zaa'faran (Saffron)
Halia (Ginger)
Badam (Almond)
Manfaat Zaa'faran:
Zaa'faran (Saffron) atau nama saintifiknya Crocus Sativus adalah sejenis
tumbuhan herba yang hanya boleh didapati di beberapa buah negara sahaja
iaitu di Iran dan Sepanyol serta sedikit ditanam di Kashmir. Ianya
merupakan rempah yang terbaik, terwangi dan termahal di dunia yang turut
dikenali juga sebagai 'King of Spices'.
Stigma bunga Zaa'faran
ini juga telah digunakan secara meluas di seluruh dunia terutama di
negara-negara Timur Tengah. Selain untuk melazatkan makanan, ianya juga
dianggap bahan terbaik untuk kesihatan, perubatan, alat solek, masakan,
minyak wangi, bahan pewarna dan lain-lain. Kaya dengan vitamin B2,
hydrocloric acid dan Riboflavin.
Zaa'faran adalah herba yang
digunakan semenjak zaman Rasulullah (saw) lagi serta para-para sahabat
dengan pelbagai tujuan terutamanya untuk mencerdaskan akal. Terdapat
pelbagai kaedah penggunaannya seperti mana disebutkan dalam kitab-kitab
tua serta kitab perubatan Islam mengenai khasiatnya. Ia juga dianggap
sebagai herba ajaib bagi sesetengah pengamal perubatan Islam kerana
kelebihan dan keistimewaannya yang tinggi dan tersendiri. Harganya di
Malaysia adalah sangat tinggi iaitu mencecah di antara RM10,000.00
hingga RM22,000.00 berdasarkan grednya.
Antara manfaat dan
kelebihan Zaa'faran yang diketahui setakat ini (Sumber dari
kajian-kajian saintifik perubatan dan kitab-kitab):
Mencerdaskan minda, penyakit radang paru-paru, sakit tekak dan tonsil,
sebarang masalah kulit, menghindarkan batuk dan selsema, sakit kepala
atau migrane dan asma, muntah-muntah, penyakit buah pinggang, gila babi
atau sawan, sukar tidur malam (insomnia), demam, masalah limpa, pembuka
selera makan, penyakit kanser, lumpuh, bengkak hati atau Hepatitis A dan
B, memudahkan penghadaman, menghilangkan bau mulut, membuang angin dan
asid yang berkumpul dalam perut, menambahkan tenaga zahir dan batin,
masalah mati pucuk, sembelit, pertumbuhan akal dan fizikal bayi serta
kanak-kanak, awet muda dengan kulit cerah dan bersih, bahan penenang
bagi masalah kemurungan dan runsing, mengurangkan kesakitan pada
kanak-kanak ketika tumbuh gigi, melancarkan perjalanan haid yang tidak
menentu, menguatkan ingatan dan menghilangkan keletihan, menyembuhkan
sakit perut, pening, sakit gigi, sakit mata dan pelbagai penyakit lain,
insyaAllah.
Zaa'faran merupakan herba yang sangat terkenal dan
termahal, dikenali sebagai "King Of Spices". Terlalu banyak dalam kitab
menyatakan bahawa Zaa'faran sangat baik untuk kecerdasan minda.
Dalam kitab Tibbul Imama A'li , muka surat 381, Saiyidina Ali (r.a) menyatakan, maksudnya:
"Sesiapa yang mengambil sebahagian Zaa'faran tulen dan Su'dun satu
bahagian dicampurkan dengan 'asal (madu), diminum sebanyak dua misqal
(dua sudu) pada setiap hari, maka dia dikagumi tentang ingatannya
sehingga dituduh melakukan sihir."